BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 9, 2010

Keep Istiqamah & Dzikir.

Aku mengamati semua sahabat,
dan tidak menemukan sahabat
yang lebih baik daripada
menjaga lidah....

Aku memikirkan tentang
semua pakaian,
tetapi tidak menemukan
pakaian yang lebih baik
daripada taqwa....

Aku merenungkan
tentang segala jenis
amal baik,
namun tidak mendapatkan
yang lebih baik daripada
memberi nasihat baik......

Aku mencari segala
bentuk rezki,
tapi tidak menemukan rezki
yang lebih baik daripada sabar......

Keangungan & Keindahan wanita.

Keangungan dan keindahan tidak
ditentukan oleh kecantikan wajah
WAJAH yang cantik bisa tidak terlihat
indah.........
kerana tertutup oleh kabut
penghalang dan.......
WAJAH yang biasa-biasa sahaja
akan terlihat indah......
kerana pancaran.....
KEANGUNGAN DALAM DIRINYA....
Jadi, mahu memilih yang mana?
ingatlah, jangan sampai RUGI?
penyesalan tiada bererti
teman sejati adalah.....&
Asma Illahi yang Selalu Hadir
Di Hati......

Thursday, August 26, 2010

di sebalik tirai kemenangan....

Aduhai tunduk terkesima lg aku
dlm nur Syawal
menyinsing di ufuk timur
membelai jiwa dlm rasa berbaur
begitu syahdu dan kelu
terasa Ramadhan tidak akan
dpt ku hampiri lg.

Ya Allah, rafak sujudku pada-Mu,
tanda syukur serelung jiwaku
sempat mencicipi lazat Ramadhan
kepunyaan-Mu.

Pun begituakulah yg terlewat
atau waktu amat tangkas berlalu pergi.
Fajar Syawal sudah melabuhkan atmanya
itu tanda Ramadhan berlalu perlahan
meninggalkan mayapada
sejurus Syawal dtg
mengibar panji kemenangan!

Nafsu dan perjuangan menahan
sekujur jasad pun tiba di garis kejayaan!
moga ia tetap tercerna untuk seterusnya.

Wahai Tuhan Pencipta Yg Gagah!
di perkebunan Syawal ini
amat tulus munajat dipohon
agar madrasah Ramadhan kali ini
benar-benar mengajar diri
pulang ke pangkal jalan menjadi insan luhur
sirna segala yg nanar dan takbur.

Menguak nafsu yg jahat turut berhambur!
Di bawah lembayung Syawal nan syahdu,
kurafak keampunan sebening salju munajat agar jadikan aku
hamba-mu yg tawaduk
sentiasa meletakkan engkau
di atas yg teratas!

Dlm dedaian perantau yg pulang
kami tautkan kasih ukhwah
dlm lembut menyapa kedamaian
perteguhkan lah ikatan teras kunjungan
krn kami adalah hambamu yg terikat
dlm rase persaudaraan berpadu!

Lalu kau dtg kan lah Ramadhan dan Syawal
pada musim mendatang lg dan lg.....
ini lah gelanggang kami memungut khazanah
ganjaran yg kau janjikan!
Sesungguhnya janji-janji mu adalah benar belaka!

Tuesday, July 13, 2010

Sesungguhnya Orang2 yg Bertaqwa Mendapat Kejayaan..

Mereka akan terlepas daripada api neraka...
Mereka menikmati keindahan taman2 yang dihiasi,
dengan pepohon kayu yg rendang dan anggur yg berbuah ranum lagi enak rasanya....
Mereka akan dianugerah bidadari syurga yg cantik rupawan,
terpegun dan terpersona apabila memandangnya....
Mereka mempunyai persamaan umur dan melayani tuannya,
dengan pelbagai minuman syurga yg tidak memabukkan....