BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

wanita


sebelum kedatangan islam, masyarakat jahiliah telah meletakkan darjat seseorang wanita seperti hamba dan mungkin lebih teruk dimana mereka mempercayai perempuan itu pembawa musibah. wanita dibunuh, dijadikan pemuas nafsu, anak perempuan yang baru dilahirkan dibunuh, itu merupakan situasi yang dihadapi wanita pada zaman jahiliah.

selepas turunnya rasulullah sallallahu alihi wassallam, beliau menyebarkan agama yang diredhai allah iaitu agama islam. selepas itulah nabi muhammad mengangkat tinggi martabat seorang wanita.

jika dilihat pada zaman sekarang, ramai wanita telah diperlakukan seperti wanita pada zaman jahiliah. ini kerana beberapa faktor iaitu wanita itu sendiri dan kurangnya ilmu agama.

faktor wanita itu sendiri ialah tidak menutup aurat dengan baik. bagi wanita, mereka harus tahu dimana aurat bukan sahaja perlu ditutup tetapi perlulah ditutup tanpa memperlihatkan bentuk tubuh mereka.

oleh kerana malas menuntut ilmu, itulah yang membuatkan seseorang itu jahil dalam ilmu fardhu ain. ilmu fardhu ain merupakan ilmu yang wajib dituntut dan ilmu dunia @ ilmi fardhu kifayah tidak wajib. walaubagaimanapun, kita haruslah menuntut kedua-dua ilmu untuk mendapat keseimbangan yang baik sepertimana yang telah nabi muhammad anjurkan.

0 comments: